Sejarah Ringkas
Sekolah Agama Menengah Harapan merupakan
sebuah sekolah swasta di Daerah Kuala Langat, Selangor yang menawarkan Sistem
Pendidikan Bersepadu Sekolah Menengah di mana kami menerapkan pendidikan Agama,
Tahfiz, Akademik dan Teknologi Maklumat kepada semua pelajar.
Sekolah ini
telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Sijil Pendaftaran Sekolah Swasta telah diperolehi pada tahun 1999. Nombor
Pendaftaran (SPS/PRP/08/4(SEM)-102)
Sekolah ini juga
berdaftar di bawah Persatuan Institusi Tahfiz AL-Quran Negeri Selangor
(PITAS).
Sistem
pendidikan kami adalah mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Agama Islam (JAIS).
Penubuhannya
juga adalah bagi memenuhi keperluan pendidikan dan salah satu alternatif kepada
pelajar untuk mendalami ilmu dengan menjadikan Al-Quran sebagai asas
pembelajaran.
Kami
menawarkan sesi persekolahan dari Tingkatan 1 hingga 5 (PMR, SMA, SPM).
Objektif Penubuhan
1. Menampilkan golongan
cerdik pandai Islam yang menjadikan Al-Quran dan Hadith sebagai panduan.
2. Menampilkan insan yang
seimbang antara mengejar dunia dengan beramal untuk akhirat.
3. Menampilkan generasi Al-Quran
dalam menuju wawasan 2020.
4. Menampilkan lebih ramai
lagi insan yang berkebolehan menjadi imam dalam solat serta aktiviti sosial.
5. Menampilkan lebih ramai
lagi individu muslim yang mampu memperjuangkan kebenaran berteraskan Aqidah
Islam.
|